Latest News

Friday 27 February 2015

Jom Kita Bertani!! - @SurayaYaacob



PENDANG – Program Jom Bertani dipergiat dengan pelbagai inisiatif baru pada tahun ini bagi memastikan rakyat menerima manfaat termasuk mampu membantu dalam mengurangkan perbelanjaan harian ketika kos sara hidup semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan, YB. Dato’ Suraya Yaacob berkata, usaha meneruskan program berkenaan kini sedang giat dijalankan melalui pelbagai bentuk bimbingan dan inisiatif baru.

Menurutnya, program berkenaan sememangnya perlu diteruskan kerana memberi banyak faedah kepada rakyat selain mampu membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka.

“Pada masa kini, negara menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat daripada sehari ke sehari dan berkait rapat dengan ekonomi dunia dan cabaran global. Kerajaan sedar beberapa perkembangan terkini ekonomi dunia ini membawa kesan kurang memberangsangkan kepada ekonomi negara menyebabkan inisiatif baru perlu diusahakan bagi mengurangkan beban rakyat,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Program Jom Bertani Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubur Panjang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jom Kita Bertani!! - @SurayaYaacob Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top