Latest News

Monday 2 February 2015

Kerajaan Kedah Bina 12,000 Rumah 2014 - Dato' Badrol Hisham



Kuala Nerang - Kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12,000 unit rumah mampu milik pada tahun 2014 sebagai memenuhi permintaan rakyat yang berpendapatan rendah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Badrol Hisham Hashim, jumlah itu meningkat 7,199 buah rumah jika dibandingan dengan pembinaan 4,801 buah rumah pada tahun 2013.

Selepas mengambil alik kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang pada 2014, kerajaan negeri tidak dapat mencapai sasaran untuk membina lebih 6,000 unit rumah ekoran beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan

"Tahun ini kita letakkan sasaran lebih 6,000 unit rumah mampu milik akan dibina kerana permintaan daripada rakyat semakin meningkat setiap tahun," katanya

Menurut Dato' Badrol Hisham lagi, kerajaan kini sedang dalam proses membina 960 unit rumah mampu milik yang dikhaskan untuk kakitangan awam di Bukit Pinang berdekatan Alor Setar.

Harga yang ditawarkan bagi rumah berkenaan akan bermula pada harga RM140,000 hingga RM160,00, iaitu 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

"Rumah ini adalah dikhususkan kepada 57 peratus kakitangan awam yang berpendapatan antara RM1,400 hingga RM4,000 sebulan," katanya.

Pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir sentiasa menitik beratkan pembinaan untuk rakyat Kedah sejak dari awal pentadbirannya.

#MmfcNews #MMFC #KedahAmanMakmur
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Bina 12,000 Rumah 2014 - Dato' Badrol Hisham Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top