Latest News

Friday 20 February 2015

Kontroversi Isu Air dan Caj Tambahan SADA



Sebenarnya ramai orang tidak tahu situasi sebenar tentang isu air di Kedah. Tambahan pula, ada individu yang berlagak pandai mengulas isu air SADA, sedangkan dia sendiri pun tak tahu.

Caj Tambahan dan Pemotongan?

SADA sebenarnya tidak pernah menaikkan surcaj air. Caj air masih seperti dulu. Cuma cas pemotongan sahaja dinaikkan sebanyak RM 10 dari RM25 ke RM35 seperti termaktub dibawah peraturan industri perkhidmatan air.

Jika anda membayar mengikut masa ditetapkan maka tidak perlu membayar cas pemotongan.

Penyelarasan Deposit

Untuk deposit pula kadar minimum bagi kegunaan domestik (penguna biasa) adalah RM50 dan maksimum RM100. Manakala bukan domestik (Industri) pula hanya RM200, bergantung kepada kadar pengunaan.

Formula bagi kajian deposit adalah kadar purata pengunaan bagi tempoh 12 bulan darab (X) kadar perkhidmatan air darab (X) 2.0

Deposit ini pula dicaj setahun sekali sahaja.

Untuk pengetahuan semua, daripada 540,000 penguna akaun, hanya 9401 saja penguna yang terlibat dengan penyelarasan deposit.

Contohnya kalau deposit RM100, bil purata sebulan dalam RM70, selama setahun maka tahun seterusnya akan dipulangkan semula baki sebanyak RM 30.

Sekiranya bekalan air dipotong disebabkan kegagalan bayar bil, SADA boleh menggunakan deposit untuk tujuan pembayaran bil ini.

Bil deposit penyelarasan juga boleh dibayar ansuran berkuatkuasa 1Februari hingga 31 Mei 2015 mengikut kemampuan. Maknanya deposit dibayar secara bulanan mengikut kemampuan.

Tiada keuntungan atas angin seperti yang didakwa oleh pihak tertentu. Hanya untuk mengelakkan SADA mengalami rugi besar bila ada penguna gagal menjelaskan bil.

Tiada unsur kejam atau caj lebih. Cuma menyelaraskan apa yang tidak pernah SADA buat sebelum ini.

Perlu diingat, SADA lahir dari zaman Kerajaan sebelum ini, banyak kepincangan yang berlaku ianya harus dibaiki semula secara berperingkat. Tentunya ia mengambil masa. Soal perkhidmatan luar bandar, SADA sedang melakukan penambahbaikan secara berperingkat.

Kerajaan Pusat melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meluluskan peruntukan khas kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM26.5 juta bagi melaksanakan 3 projek pada tahun 2015.
Projek pertama ialah pemasangan paip utama dari Kolam Imbangan Kuala Nerang (1) ke tangki sedutan Padang Kerasak dengan peruntukan berjumlah RM10 juta. Ia membawa manfaat sebanyak 20'000 orang.

Projek kedua adalah pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Kampung Tengah dengan peruntukan sebanyak RM5 juta turut memberi manfaat kepada lebih 1209 orang.

Untuk projek ketiga pula, kerajaan akan menaiktaraf sistem agihan ke sempadan (Gulau dan Belantik) ia melibatkan peruntukan sebanyak RM16 juta dan memberi manfaat kepada 7694 orang.

Kesemua projek ini memberi manfaat kepada 28.903 orang penduduk. Ketiga-tiga projek ini akan dilaksanakan oleh KKLW pada 2015 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2015.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kontroversi Isu Air dan Caj Tambahan SADA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top