Latest News

Friday 20 February 2015

Syarikat Envi Tambah Jadual Kutipan Sampah Pukal



Syarikat pengurusan sisa pepejal di Kedah dan Perlis, Environment Idaman Sdn Bhd (Envi) menambah jadual kutipan sampah pukal berikutan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengurus Kanan Operasi dan Perancangan Envi Kedah Azmi Amin Sarji berkata jadual tambahan melibatkan Alor Setar, Sungai Petani, Kulim dan Langkawi di Kedah serta Kangar di Perlis itu bermula pada 13 Feb lepas sehingga 1 Mac ini.

Beliau berkata ia untuk menampung jumlah sampah pukal yang dijangka bertambah bersempena perayaan itu dan memastikan tiada longgokan sampah berlaku khususnya di kawasan perumahan sepanjang tempoh seminggu sebelum dan selepas Tahun Baharu Cina.

"Pada hari biasa, jumlah kutipan sampah sehari dianggarkan sebanyak 1,300 tan metrik, tetapi apabila tiba musim perayaan, jumlah sampah meningkat sebanyak 30 peratus," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata sebanyak 18 unit jentolak digunakan bagi kerja pembersihan berbanding sembilan unit pada hari biasa, serta 57 unit 'Mini Armroll' turut digunakan bagi memastikan kerja pembersihan mengikut jadual.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Syarikat Envi Tambah Jadual Kutipan Sampah Pukal Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top