Latest News

Monday 2 February 2015

Liga Daerah Piala YAB Menteri Besar Cungkil Bakat Muda Bolasepak


Kerajaan negeri Kedah begitu komited untuk mengcungkil bakat-bakat baru bolasepak bermula dari akar umbi untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi dengan melahirkan pemain-pemain berkualiti. 

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir petang tadi telah melancarkan Liga Piala YAB Menteri Besar bagi peringkat daerah-daerah negeri Kedah. Liga ini akan bermula pada 21 Febuari 2015 dengan perlawanan pertama antara Kota Setar menentang Langkawi. 

Liga ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu daerah sebelah Kedah Utara dan daerah sebelah Selatan. Permainan ini adalah timbal balik antara daerah masing-masing dan dijangka tamat pada Ogos 2015 nanti. 





Kumpulan A akan dipilih empat pasukan ke peringkat seterusnya begitu juga kumpulan B. Pemain-pemain ini berumur dibawah 19 tahun dan secara keseluruhan kesemua daerah menyertai pertandingan ini.  Liga ini mengikut syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh FAM. 

Jika pasukan yang bertanding terkeluar awal, pasukan lain dibenarkan membeli pemain yang hebat dari pasukan tadi tetapi harus mengisi borang yang telah ditetapkan. 

Tugas menganjurkan Piala YAB Menteri Besar ini adalah untuk mengcungkil bakat-bakat baru dalam sukan bolasepak negeri Kedah. 





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Liga Daerah Piala YAB Menteri Besar Cungkil Bakat Muda Bolasepak Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top