Latest News

Tuesday 3 February 2015

YDP BIDARA Kedah Bersama Pelatih Istimewa PDK Merbok (Bergambar)


YABhg Tok Puan Norzieta meluangkan masa bermesra dengan pelatih-pelatih istimewa pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Merbok pada pagi tadi. Bermacam-macam keletah pelatih-pelatih istimewa di pusat PDK Merbok yang berusia dari 8 tahun hingga 30 tahun mencuit hati Tok Puan Norzieta.

Pusat PDK yang terdapat disetiap negeri merupakan hasil usaha kerajaan bagi memberi peluang pemulihan dan latihan asas secara dalam komuniti kepada golongan kurang upaya agar dapat membantu golongan terbabit mampu berdikari dalam menjalani aktiviti harian mereka.

Untuk makluman, ianya juga diwujudkan dengan mengambil kira penglibatan masyarakat setempat dalam membantu mereka yang kurang upaya bagi memastikan nasib golongan ini terbela dengan komuniti tersebut. Pelbagai latihan dan kemahiran disediakan di pusat PDK, termasuklah pengurusan diri, perkembangan bahasa dan sosial serta latihan kemahiran yang mampu menjana pendapatan buat golongan istimewa ini .

Atas usaha gigih tenaga pengajar dan pelatih-pelatih, PDK Merbok telah dipilih sebagai PDK cemerlang bagi peringkat Negeri Kedah pada tahun 2014. PDK Merbok telah berjaya menggilap bakat dikalangan pelatihnya didalam mencanting batik dan jahitan batik sehinggakan batik yang dihasilkan golongan istimewa ini telah berjaya menembusi pasaran luar negara.












  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: YDP BIDARA Kedah Bersama Pelatih Istimewa PDK Merbok (Bergambar) Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top