Bersatu Bersetia Berkhidmat
Konvesyen UMNO Kedah berakhir hari ni. Selepas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, membuat ucapan penggulungan penutup untuk mengakhiri Konvensyen yang dilangsungkan selama 2 hari ini.
Diakhir konvensyen, semua Ketua Bahagian atau wakil, bersama-sama bergading-bahu untuk menunjukkan bahawa UMNO Kedah tetap utuh dan bersedia menghadapi apa saja rintangan yang mendatang.
Konvensyen ini juga dibuat agak berbeza dari konvensyen negeri lain, kerana ia meliputi ceramah khas dari SPRM dan pihak keselamatan.
Malah kerja bengkel berkumpulan juga diwujudkan untuk menyelami suara hati orang cawangan, sayap parti dan tidak dilupa PDM yang kalah atau menang. Cara ini lebih mesra dan lebih terbuka untuk suara akar umbi, kerana mereka boleh memberi pendapat dan berbincang isu sesama mereka untuk bawa ke peringkat tertinggi.
Apa pun isu atau perkara yg dibincang oleh para perwakilan, akan diteliti sebelum dibentang pada akhir konvensyen. Jika ada isu yang patut dibawa ketengah, ianya akan dibincangkan didalam mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan datang.
Berakhirnya Konvensyen UMNO Kedah, maka bermulalah episod baru untuk ahli UMNO. Penyelaras konvensyen Dato Othman Aziz juga berharap, mulai pada hari ini, semua ahli UMNO diminta perlu memulakan kerja untuk menghadapi pilihanraya.
Persiapan UMNO Kedah untuk hadapi PRU ke 14 bermula sekarang.
Semoga jentera UMNO lebih utuh untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang.
#UMNOKedah #KonvensyenUMNOKedah #Kedah
0 comments:
Post a Comment