Latest News

Monday 2 March 2015

Mahabbatur Rasul - #KedahBerselawat 11 hari Saja Lagi - @MukhrizMahathir



Sebentar tadi Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir dimajlis syarikat korporat dan GLC menyampaikan sumbangan untuk program  Malam Mahabbatur Rasul - Kedah Berselawat 2015.

Beliau juga membuat sidang media dan menjelaskan beberapa penting mengenai program tersebut.


1.   INSYA ALLAH, pada 13 Mac akan datang, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah akan menganjurkan Malam Mahabbatur Rasul -Kedah Berselawat 2015 bertempat di Stadium Darul Aman.

2.   Mahabbatur Rasul- Kedah Berselawat 2015 anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah, dan TV Al Hijrah sebagai Penyiar Rasmi.

3.   ALHAMDULILLAH pada hari ini beberapa GLC Negeri Kedah dan syarikat-syarikat korporat telah menyampaikan sumbangan mereka bagi menjayakan Mahabbatur Rasul- Kedah Berselawat 2015. Jumlah sumbangan tunai yang diterima ialah RM675,000.00 dan RM5,000.00 dalam bentuk barangan iaitu Buah Kurma.

Penaja Platinum – Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan tajaan RM300,000.00

Penaja Gold - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan tajaan RM100,000.00

Penaja Silver dengan tajaan RM50,000 ialah Permodalan Menteri Besar Kedah (PMB Ked), Stealth Solution Sdn Bhd dan Premium Radius Sdn Bhd.

Penaja Bersama dengan Tajaan RM20,000.00 ialah Permodalan Kedah Berhad (PKB), Kumpulan Ladang-Ladang, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Damai Abadi Sdn Bhd.

Penaja Biasa  dengan sumbangan RM10,000.00 ialah Perbadanan Setiusaha Kerajaan Negeri Kedah (SSI), KEDA, Fahim Quary dan Famous Power Sdn Bhd.

Lain-lain penyumbang ialah YAPIEM dan Syarikat Abdul Ghafar Trading Sdn Bhd dengan nilai RM5,000.00

4.   Pada kali ini, Mahabbatur Rasul – Kedah Berselawat 2015 akan diadakan secara karnival selama tiga (3) hari  iaitu dari  11 hingga 13 Mac 2015.

5.   Pada 11 Mac 2015 (Rabu) jam 8.00 malam. Konsert Lagu-Lagu Ketuhanan. Penyanyinya ialah Datuk Ramli Sarip dan Yantzeen. Juga sebuah kumpulan nasyid dari Selatan Thailand iaitu Kumpulan Nasyid 3 Beradik Tok Bandar Pancaran dari Fathoni (Patani) Thailand.

6.   Pada 12 Mac 2015 (Khamis) jam 8.00 malam. Pentas Dakwah atau Forum Perdana bertajuk “Mentauladani Pemuda di Zaman Rasulullah”. Ahli panel terdiri daripada Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato Paduka Syeikh Muhamad Baderudin bin Haji Ahmad (Mufti Negeri Kedah), Yang Berbahagia Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) serta Imam Muda Hizbur Rahman bin Omar Zuhdi. Pentas Dakwah ini akan disiar langsung oleh TV Al Hijrah.


7.   Pada 13 Mac 2015 (Jumaat), merupakan kemuncak kepada Mahabbatur Rasul- Kedah Berselawat 2015.

8.   Bermula dari jam 5.00 petang,  perarakan selawat oleh 9 kontinjen dari Sektor Perkhidmatan Awam Negeri, Sektor Perkhidmatan Awam Persekutuan, Sektor Pendidikan, Sektor Belia & NGO, Sektor JKKK dan Orang Ramai, Sektor Agama Islam, Sektor Industri, Sektor Pihak Berkuasa Tempatan serta Sektor Politik berhimpun di 9 lokasi yang berasingan akan berarak menuju ke Stadium Darul Aman. Setiap sektor dengan penyertaan tidak kurang dari 2000 orang berarak ke Stadium Darul Aman sambil berselawat berkonsepkan Fathu Makkah iaitu Pembukaan Kota Mekah.

9.    Pada Jam 6.00 petang,   ceramah khas bertajuk “Penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al Fateh” oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian, seorang pakar motivasi  dari Jakarta , Indonesia.
Program diteruskan dengan Solat Magrib dan Isyak secara berjemaah.

10.   Pada jam 9.00 malam, persembahan qasidah dan selawat akan diketuai oleh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaff diiringi oleh Kumpulan Al Mawlid serta kumpulan nasyid pelajar-pelajar Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR). Persembahan selawat ini akan disiar langsung oleh TV Al Hijrah.

11.   Karnival Mahabbatur Rasul- Kedah Berselawat 2015 berlansung selama tiga hari. Perbagai aktiviti telah diatur, antaranya-
Mini Studio TV Al Hijrah.

i)  Program Assalamualaikum Terbitan TV Al Hijrah akan diadakan di Mini Studio bertempat di Stadium Darul Aman pada hari Khamis dan Jumaat bermula jam 8.00 pagi.

ii)  Pertandingan Marhaban / Qasidah
Pertandingan ini terbuka kepada kumpulan Marhaban dan Qasidah. Hadiah untuk Johan RM5,000.00, Tempat Kedua RM3,000.00, Tempat Ketiga RM2,000.00 dan Tempat Keempat RM1,000.00.

iii) Gerai Jualan dan Pameran.

12.   Penganjur mensasarkan lebih 80 ribu pengunjung pada tahun ini dan berharap agar Malam Mahabbatur Rasul-Kedah Berselawat 2015 akan dapat menyatukan umat Islam dari seluruh pelusuk negeri untuk menzahirkan rasa kecintaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Gambar-gambar penyumbang ada dibawah,



















Terima kasih pada semua penyumbang, semoga Allah memberkati anda semua.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mahabbatur Rasul - #KedahBerselawat 11 hari Saja Lagi - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top