Latest News

Monday 9 March 2015

Promosi Pakej Ke Langkawi Di PWTC Mulai 13 Mac



Tourism Malaysia Kedah akan melancarkan pakej promosi 'Langkawi Bonanza Free & Easy 3 Days 2 Nights' selama tiga hari mulai Jumaat ini di Pusat Dagagan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Ia diadakan sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata promosi itu menawarkan bilik hotel pada harga yang lebih rendah.

"Sebanyak 10,000 buah bilik telah disediakan dan harga yang ditawarkan adalah 50 peratus lebih murah berbanding harga biasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata promosi julung kali itu bertujuan menyemarak industri pelancongan di pulau peranginan tersebut selain memberi ruang kepada pengusaha hotel menjual bilik dengan harga istimewa.

"Ini juga merupakan persedian awal sempena Tahun Melawat Kedah 2016," kata Mohd Rawi.

Beliau berkata berkata pakej tiga hari dua malam itu turut menyediakan sukan air, kruis dan menyewa kereta dengan harga istimewa.

Beliau berkata 11 hotel terlibat dalam promosi itu termasuk Bayview Hotel, Four Points Sheraton Langkawi Resort, Resort World Langkawi, The Westin Langkawi Resort & Spa, Aseania Resort dan My Hotel Langkawi.

Promosi anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Malaysia Association of Hotels (MAH) Kedah/Perlis, Matta Kedah Chapter dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian 04-7301322, 04-7312322 atau melayari festalangkawi.com untuk membuat tempahan melalui dalam talian bermula hari ini.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Promosi Pakej Ke Langkawi Di PWTC Mulai 13 Mac Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top