Latest News

Tuesday 3 March 2015

STPM 2014: GPS Kedah Meningkat Naik!!



ALOR SETAR - Sebanyak 28 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri ini yang mengambil peperiksaan itu tahun lalu memperoleh purata nilai gred komulatif (PNGK) 4.00, berbanding 33 calon pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pendidikan negeri, Datin Azuyah Hassan berkata, walaupun terdapat sedikit penurunan membabitkan bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.00, namun pencapaian gred purata sekolah (GPS) bagi Kedah pada 2014 meningkat kepada 2.72 daripada 3,120 bilangan calon, berbanding 2.65 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata, peratusan calon yang memperoleh kelulusan penuh pada tahun 2014 ialah sebanyak 3,097 atau 98.88 peratus berbanding 3,989 (98.35 peratus) tahun 2013.

“Di samping itu, sebanyak 49 buah sekolah mencapai keputusan peratusan yang mengatasi pencapaian peratusan peringkat nasional iaitu 97.99 peratus pada 2014 berbanding hanya 47 sekolah tahun sebelumnya.

“Daripada 49 buah sekolah itu, 28 adalah sekolah luar bandar yang berjaya mengatasi pencapaian peratusan peringkat kebangsaan, “ katanya di sini hari ini. - UTUSAN
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: STPM 2014: GPS Kedah Meningkat Naik!! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top