Latest News

Monday 23 March 2015

UUM Kerjasama Hasilkan Dokumentari Tokoh Islam Kedah




Sebuah dokumentari mengenai tokoh-tokoh Islam negeri Kedah bakal diterbitkan tidak lama lagi, hasil usahasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan sebuah syarikat produksi NBK Susunan Alam Resources.

Dokumentari berjudul Tokoh Islam Kedah itu, bertujuan mengumpul serta menyatukan sejarah silam dan peristiwa maknawi perjalanan riwayat tokoh Islam negeri Kedah yang telah banyak berjasa sejak awal abad ke-10 hingga ke hari ini.

"Segala maklumat dan bahan sejarah akan disatukan dan didokumentasikan supaya menjadi koleksi sejarah yang tinggi nilainya," menurut UUM dalam satu kenyataan di sini Ahad.

UUM turut akan menawarkan kepakaran tenaga penyelidik untuk membuat kajian lanjutan ke atas 13 tokoh Islam terpilih.

Antara tokoh itu ialah Syeikh Abdullah al-Qumairi, Haji Ishak Muhammad Hashim, Ustaz Niamat Yusoff dan Wan Sulaiman Wan Sidek.

Dijangkakan kos penghasilan dokumentari itu mencecah RM2 juta, dan penggambaran akan dimulakan pada hujung tahun ini.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UUM Kerjasama Hasilkan Dokumentari Tokoh Islam Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top