Latest News

Monday 23 March 2015

Kejayaan Pelajar Sekolah bermula dari rumah! - @MukhrizMahathir


Hari ini Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan 'Program Membara' (Sarana PIBG Jerlun) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun.

Dalam program ini beliau YAB MB Kedah bersama YB Datuk Abu Hassan (Adun Kota Seputeh) memberi bantuan kepada 200 pelajar yang terpilih di sekolah sekitar daerah Jerlun untuk diberi bantuan barangan sekolah.

Dalam ucapan perasmian beliau sebentar tadi, Dato Seri sempat berpesan kepada waris dan ibu bapa yang hadir.



Beliau mengingatkan bahawa,

"tanggungjawab memberi pendidikan, tidak hanya dilepaskan kepada guru sekolah sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih kepada waris (ibu bapa) untuk susun dan atur masa pembelajaran mereka (pelajar sekolah) dirumah"

Sambung beliau lagi,

"Ibu bapa sepatutnya buat jadual dan atur pembelajaran untuk anak. Supaya mereka lebih berdisplin dalam mengurus masa. Mereka (pelajar sekolah) boleh diatur melalui jadual yang diuruskan oleh waris atau ibu bapa. Contohnya seperti pukul berapa tengok TV, pukul berapa keluar bersukan, buat kerja rumah, kerja sekolah dan lain-lain kerja lagi".

Sebenarnya pesanan dari Dato Seri selaku MB Kedah itu ada benarnya, malah perlu didengar dan dipraktikkan. Jika murid sekolah mendapat sokongan dari rumah, sudah tentu pembelajaran dan ulangkaji mengenai apa yang diajar disekolah lebih mudah difahami.

Tambahan pula Kerajaan Kedah kini sangat mengambil berat mengenai pendidikan, kerana dari sekolah lah yang menentukan hala tuju seseorang insan. Ini kerana Kerajaan Kedah, mahu modal insan tenaga mahir tempatan dilahirkan sebanyak mungkin untuk memenuhi ruang kekosongan, jika 6 projek Ikonik Kedah yang dirancang berjalan lancar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kejayaan Pelajar Sekolah bermula dari rumah! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top