Latest News

Thursday 5 March 2015

@MukhrizMahathir Meraikan Pelajar Cemerlang #Kedah


Semalam YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dan YB Exco, meraikan pelajar yang cemerlang SPM, STPM dan STAM bersama ibubapa pelajar didewan jamuan, Wisma Darulaman.

Dalam ucapan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, beliau menjelaskan tentang hasrat Kerajaan negeri, bagi mendedahkan pihak sekolah tentang pelbagai peluang pekerjaan berpendapatan tinggi yang terhidang untuk masa depan pelajar.

Selari dengan pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan negeri, bagi anak Kedah memenuhi pekerjaan berpendapatan tinggi yang akan ditawarkan, bila projek ikonik yang dirancang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, Medical Science City dan diantaranya siap kelak.

Rugi kalau anak Kedah tak dapat bekerja di Kedah sendiri. Tambahan pulak projek mega macam tu, sudah tentu memerlukan tenaga teknikal yang banyak.

Dari sekarang, pelajar sekolah kena target nak jadi apa. Fokus pada bidang kejuruteraan, kerana ia banyak membuka peluang.

Dibawah gambar pelajar sekolah yang cemerlang diraikan bersama YAB MB dan Exco.




















  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: @MukhrizMahathir Meraikan Pelajar Cemerlang #Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top