Latest News

Friday 3 April 2015

BIDARA Akan Terus Laksana Kerja Amal Di Kedah


Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir hari ini telah merasmikan mesyuarat Agung Tahunan BIDARA kali ke 28 di Dewan Sri Mentaloon.

BIDARA adalah persatuan dan badan amal Isteri-isteri Wakil Rakyat, Isteri-isteri bekas wakil rakyat dan wakil rakyat Wanita Barisan Nasional Negeri Kedah Darulaman

Bidara adalah semua badan amal yang bergiat aktif dalam beramal kebajikan di Kedah melalui pelbagai aktiviti dan program-program yang diaturkan.

Aktiviti-aktiviti BIDARA mendapat sambutan dari rakyat. Mereka terdiri dari 64 orang dan lebih 40 orang

yang aktif yang diwakili oleh isteri wakil-wakil rakyat dan bekas wakil rakyat perempuan.

Bagi 2016, BIDARA akan menjadi Hos kepada sukan tahunan isteri-isteri wakil rakyat seluruh Malaysia yang kemungkinan akan dibuat di Langkawi.

Bagi 2015 Negeri Perak menjadi hos kepada sukan tahunan Isteri-isteri wakil rakyat. Di Kedah BIDARA telah menjalankan aktiviti-aktiviti amal seperti sumbangan banjir di Kelantan dan lain-lain lagi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: BIDARA Akan Terus Laksana Kerja Amal Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top