Latest News

Saturday, 18 April 2015

Golongan OKU Berdaftar Dilarang Mengemis



Golongan orang kurang upaya (OKU) yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi melakukan aktiviti mengemis di sekitar daerah ini akan dikenakan tindakan sekiranya ditangkap.

Pegawai JKM Kulim, Mohamad Mat Noh berkata, golongan OKU yang mendapat bantuan JKM dilarang melakukan aktiviti mengemis.

Menurutnya, masih terdapat OKU yang berdaftar dengan JKM mengemis di pasar malam terutama di sekitar Padang Serai.

“Kita akan jalankan operasi dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat, sepatutnya golongan itu menjalankan aktiviti pekerjaan lain untuk menampung kehidupan,” katanya pada Majlis Perasmian Persatuan OKU, kelmarin.

Mohamad berkata, golongan OKU yang berdaftar mendapatkan kad elaun pekerja cacat (EPC) yang membolehkan mereka menerima RM350 sebulan supaya melakukan pekerjaan bersesuaian dengan keadaan mereka.

Jelasnya, selain itu, golongan OKU di daerah ini juga digalakkan menyertai persatuan khas untuk mereka supaya tidak tercicir menerima manfaat diberikan kerajaan.

“Golongan ini perlu menyertai persatuan bagi menambah kenalan serta berkongsi maklumat,” katanya.

Sinar Harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Golongan OKU Berdaftar Dilarang Mengemis Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top