Latest News

Saturday, 18 April 2015

Video : DS Mukhriz Rasmi Program Jalinan Tani



YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan program Jalinan Tani di Pertubuhan Peladang Kawasan c-II, Kerpan yang dianjurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Lembaga Pemajuan Pertanian Muda (MADA) kelmarin.

Tujuan perlaksanan program tersebut adalah untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi melalui amalan pertaniam baik (GAP), melaksanakan program pemindahan teknologi, meningkatkan penguasaan rantaian nilai Pertubuhan Peladang dalam industri padi, persedian pelaksanaan pemutuan sebenar padi dan memberi kefahaman sistem penyampaian sektor padi (E-Padi).

Seramai 1300 orang petani menyertai program ini dan antara pengisian program yang berlangsung kelmarin adalah ceramah pemindahan teknologi, penambah baik sistem penyampain dan pameran skim insentif pengeluaran padi.

Dalam program terbabit, YAB MB kedah juga telah menyempurnakan penyampain Insentif Projek Estet Padi MADA NKEA EPP 10 yang berjumlah lebih dari RM17 juta dan memberi manfaat kepada 5,444 orang peladang yang menyertai program tersebut.



YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan program Jalinan Tani di Pertubuhan Peladang Kawasan c-II, Kerpan yang...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 17 April 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : DS Mukhriz Rasmi Program Jalinan Tani Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top