Latest News

Sunday 5 April 2015

Lapangan Terbang, Kedah Tidak akan Bersaing dengan Penang!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak perlu bimbang dengan hasrat Kedah hendak membina Lapangan Terbang Kulim (KXP) kerana Lapangan yang hendak dibina Kedah ini lebih tertumpu kepada perkhidmatan Kargo berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Penaik taraf terminal LTAPP baru-baru ini dengan kos RM350 juta dari Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan bahawa LTAPP lebih tertumpu kepada perkhidmatan penumpang domestik dan antarabangsa.

Pembinaan KXP merupakan satu keperluan amat kritikal kerana operasi LTAPP tidak lagi dapat menampung kapasiti kargo dalam tempoh dua tahun lagi. Malahan pelabur-pelabur di sekitar Utara Semenanjung menyambut baik dan memberi respons positif hasrat Kedah ini.

Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir kelmarin,beliau memaklumkan bahawa agak sukar untuk LTAPP diperbesarkan lagi kerana ianya terletak di kawasan yang agak sempit. Sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendak juga memperbesarkan LTAPP untuk keperluan perkhidmatan kargo, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa memotong bukit bersebelahan LTAPP atau menambak kawasan laut yang berhampiran LTAPP dengan kos yang tidak munasabah.

Selain itu, sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang hendak menambak laut berhampiran LTAPP, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terpaksa mengusir penduduk di 12 kampung yang terdapat di kawasan berkenaan.

* Saksikan Video Sidang Media tersebut untuk makluman lebih lanjut.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak perlu bimbang dengan hasrat Kedah hendak membina Lapangan Terbang Kulim...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, April 3, 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lapangan Terbang, Kedah Tidak akan Bersaing dengan Penang! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top