Latest News

Sunday 5 April 2015

139 Peserta Felcra Pong Selatan Terima Lot Tanah 2 Hektar



Petang semalam, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir telah menyempurnakan penyampaian kepada 139 peserta FELCRA Pong Selatan yang menerima hak milik lot pertanian, setiap seorang mendapat tanah seluas dua hektar daripada keseluruhan tapak projek seluas 327.9 hektar.

Usaha ini dari semua pihak, khasnya Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dan FELCRA Berhad, yang telah bertindak secara bersepadu dan berhemah bagi memastikan Surat Hakmilik Lot Pertanian ini akhirnya berada di dalam genggaman peserta semua.

Turut bersama semasa majlis tersebut ialah Dato Bung Mokhtar, Dato Seri Mahadir Khalid, Datuk Tajudin Abdullah dan Dato Badrol Hisham sekalu adun kawasan.

Alhamdullilah akhirnya usaha yang murni pasti diperolehkan kebaikan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 139 Peserta Felcra Pong Selatan Terima Lot Tanah 2 Hektar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top