Latest News

Thursday 30 April 2015

Melakar Sejarah Baru, #ManifestoBN #PRKPermatangPauh



MELAKAR SEJARAH BARU…


EKONOMI

○ Menyediakan kemudahan Mikro Kredit Khas Parlimen Permatang Pauh untuk peniaga-peniaga kecil

○ Menubuhkan Pusat Penjanaan Usahawan Kecil dan Sederhana untuk mempertingkatkan jumlah penglibatan belia dalam bidang keusahawanan

○ Mengusahakan peluang-peluang pekerjaan baru bagi golongan belia

PENDIDIKAN


○ Mengusahakan terbinanya sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

○ Membantu pihak Sekolah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan dalam melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang cemerlang.

KESIHATAN


○ Meningkatkan keupayaan Hospital Seberang Jaya, pembesaran dan peningkatan fasiliti perubatan dan kesihatan;

○ Menambahkan bilangan Klinik 1 Malaysia di kawasan Parlimen Permatang Pauh


PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT LUAR BANDAR


○ Mengusahakan pembukaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Agro Rakyat 1 Malaysia

○ Membina Projek Perumahan untuk Rakyat Termiskin (PPRT)

○ Memastikan Penyaluran Bantuan Kebajikan berterusan kepada golongan yang memerlukan termasuk Program Baik Pulih Rumah bagi golongan berpendapatan rendah

○ Mewujudkan Mini Rural Transformation Centre (RTC) di kawasan DUN Permatang Pasir

○ Mempertingkatkan kemudahan infa-struktur kawasan luar bandar

PEMBANGUNAN KOMUNITI


○ Menambah bilangan Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Tadika KEMAS dan Jabatan Perpaduan di Taman-taman Perumahan

○ Mengusahakan bantuan untuk Masjid, Surau dan Rumah-rumah Ibadat Semua Agama

○ Mengusahakan naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam di taman-taman perumahan

○ Mengusahakan peruntukan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia ( TP1M ) bagi tujuan penyelenggaran perumahan pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang memerlukan.

○ Mengusahakan pembinaan Gelanggang Sukan Komuniti di setiap kawasan DUN sebagai pusat kegiatan riadah dan sukan bagi golongan belia

○ Memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati di kalangan masyarakat


KESELAMATAN


○ Menubuhkan Community Policing di setiap kawasan perumahan

○ Menggalakkan penyertaan masyarakat bagi meramaikan anggota RELA

○ Memperbesarkan jumlah keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

○ Menambahkan pasukan Unit Ronda Bermotosikal (URB) di seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh

○ Menambahkan kekerapan omnipresence pasukan Polis DiRaja Malaysia di kawasan-kawasan "hotspot"
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Melakar Sejarah Baru, #ManifestoBN #PRKPermatangPauh Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top