Justeru itu, katanya situasi politik UMNO Kedah bukanlah suatu keadaan yang getir dan tidak perlu dibimbangkan.
"...kita tidak langsung mengalami satu keadaan getir. Janganlah merasa risau, bimbang dan seriau dengan keadaan semasa, ia akan berlalu. Apa pun, biarlah pemimpin teratas menguruskannya.
"Kita tetap bukan sekadar menyokong, tetapi melalui jentera parti yang paling setia dan kuat kepada parti," katanya ketika berucap merasmikan Skuad Annur anjuran Biro Agama Pergerakan Wanita Umno negeri di sini, hari ini.
Mukhriz turut memuji Wanita UMNO negeri yang dilihat sentiasa memupuk kasih sayang ketika situasi politik sekarang yang diasak dengan kebencian dan kemarahan.
"Dalam keadaan kita diasak dari pelbagai sudut, dengan kebencian dan kemarahan, wanita sentiasa memupuk kasih sayang dalam masyarakat kita, ini satu perkara penting dan tidak mudah dilakukan," katanya.
Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata cukup mudah menimbulkan perasaan benci dengan melemparkan tohmahan dan dakyah, justeru katanya hanya kasih sayang yang boleh mengatasi perkara itu.
Baru-baru ini, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin meminta Mukhriz meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment