Latest News

Sunday, 19 April 2015

Kedah Lancar Kempen Turun Harga!


ALOR SETAR – Semua peniaga digalakkan menjayakan kempen penurunan harga yang dilancarkan di semua pasaraya besar seluruh negara bermula Mac 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, YB. Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, walaupun kempen itu tidak melibatkan peruncit, namun pihaknya menggalakkan pemilik pasaraya bersaiz kecil dan sederhana menyertai kempen berkenaan.

“Peniaga pasar hari, pasar nelayan dan pasar malam juga boleh jayakan kempen ini dengan turunkan harga barangan. Mereka tidak perlu turunkan harga seperti pasar raya besar, memadai keperluan harian agar pengguna mendapat manfaat daripada program ini,” jelasnya selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Peringkat Negeri Kedah di Aeon Big.

Menurutnya, peratusan penurunan harga oleh pasaraya selain pasaraya besar bergantung kepada kemampuan masing-masing, termasuk permintaan dan penawaran barangan bagi mengelak mereka mengalami kerugian.

“Kita tidak mahu jika peniaga kecil-kecilan ikut kempen ini, mereka rugi pula selepas turunkan harga. Kita cuma galakkan mereka ikut serta kempen, namun ikut kemampuan masing-masing. Pengguna juga perlu bijak memilih pasaraya atau kedai yang menawarkan harga murah agar dapat membantu mengurangkan beban kewangan selain berbelanja mengikut bajet,” ujarnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Lancar Kempen Turun Harga! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top