Latest News

Monday 20 April 2015

Tun M tidak berjuang bersendirian, kata Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Tun Dr Mahathir Mohamed kerana sentiasa berani untuk menegakkan kebenaran.

Beliau berkata prinsip diri bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berubah terutama di dalam menyatakan kebenaran.

"Sikap Tun (Tun Mahathir) tetap serupa sejak beliau menjadi seorang doktor muda dan ahli Umno dahulu lagi.

"Hari ini saya ingin meyakinkan bahawa Tun M tidak bersendirian di dalam usaha untuk menceritakan kebenaran," kata Muhyiddin ketika berucap dalam forum anti pepeperangan di Pusat Dagangan Dunia Putr (PWTC),di sini, hari ini.

Menurutnya, Dr Mahathir merupakan individu yang begitu aktif di dalam pergerakan memperjuangkan anti jenayah dan peperangan.

Kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu seolah-olah merujuk kepada keluhan Dr Mahathir bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Mahathir yang ditemui selepas majlis itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin itu merujuk kepada tindakannya di dalam memerangi jenayah peperangan.

"Apa yang dia (Muhyiddin) maksudkan adalah kepada peperangan. Saya rasa dia menyokong saya di dalam usaha menyuarakan kebenaran di dalam jenayah peperangan," katanya
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tun M tidak berjuang bersendirian, kata Muhyiddin Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top