Latest News

Thursday 2 July 2015

Mural Tunku Abdul Rahman #LagendaKedah


Mural Tunku Abdul Rahman siap dilukis di dinding bangunan Pekan Melayu Alor Setar semalam. Sebelum ini Mural Mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir dibina dikawasan sama dan telah dilihat sendiri oleh Tun Dr Mahathir minggu lalu.

Projek yang dianjurkan oleh Biro Belia Cina Kerajaan Negeri Kedah, Menurut ketuanya Tan Chee Hiong, projek ini mendapat kerjasama kerajaan negeri, merupakan projek komuniti untuk mempromosi tokoh dari negeri Kedah selain bertujuan menerap semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, ia bertemakan 'Lagenda Kedah'.

Beliau berkata ia juga dilaksanakan sempena Tahun Melawat Kedah 2016 bagi menarik pelancong terutama ke Pekan Melayu dan Pekan Cina.

Pihaknya juga merancang untuk melakarkan beberapa lagi mural, katanya.

Sebelum ini biro tersebut telah menghasilkan mural mengenai aktiviti masyarakat di Pekan Cina dan Melayu pada dinding sebuah bangunan di Pekan Cina.

Kesemua mural ini dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai, 29, yang menggunakan elemen hitam putih bagi membolehkan orang ramai memahami perjuangan Tunku yang bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara.

"Ia menceritakan mengenai kemerdekaan negara. Ia turut menceritakan gambaran di Stadium Merdeka semasa acara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku," katanya.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mural Tunku Abdul Rahman #LagendaKedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top