Latest News

Friday 17 April 2015

Volkswagen Group Malaysia Labur 2.5 Juta di Langkawi


LANGKAWI – Volkswagen Group Malaysia (VGM) melabur kira-kira RM2.5 juta bagi membuka pusat jualan, alat ganti dan servis (3S) terbaru dan paling lengkap di Jalan Penarak sebagai usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi pelanggan di pulau bebas cukai itu.

Pengarah Urusan VGM, Armin Keller berkata, pihaknya mewujudkan pusat servis berkenaan untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi kehendak pelanggan Volkswagen. Premis setingkat itu didirikan di atas tanah seluas 870.5 meter persegi yang mempunyai tiga ruang penyelenggaraan dengan masing-masing mampu memuatkan lima kenderaan pada satu masa.

“Pusat 3S ini dilengkapi ruang menunggu serta kemudahan WiFi dan minuman percuma,” katanya selepas majlis perasmian cawangan terbaru Volkswagen yang dikendalikan Goh Brothers Motor oleh Menteri Besar Kedah, YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri sentiasa membuka ruang kepada syarikat besar untuk membuat pelaburan atau membuka cawangan perniagaan di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Langkawi, YB. Dato’ Ir. Nawawi Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, YB. Nor Saidi Nanyan; Pegawai Daerah Langkawi, Dato’ Mohamad Fuzi Mohaiden dan Pengerusi Eksekutif Goh Brothers Motor, Goh Kian Sin.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Volkswagen Group Malaysia Labur 2.5 Juta di Langkawi Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top