Latest News

Saturday 2 May 2015

Alor Setar Bakal Berubah Wajah? #HanyaDiKedah


Diatas ialah gambar bangunan lakaran Aman Central yang bakal mengubah sedikit sebanyak landskap bandaraya Alor Setar. Memang pembinaan Aman Central menimbulkan kontroversi pada dulunya, namun ianya telah diselesaikan dengan baik oleh pihak Istana Kedah.

Segala cacat cela telah dipulihkan semula dan tidak dinafikan ianya hasil perancangan Kerajaan terdahulu. Walaupun kontroversi, tetapi pembinaan diteruskan juga, kerana menghormati hasil usaha gigih Allahyarham Ustaz Azizan.

Untuk pengetahuan semua sahabat, wajah Bandaraya Alor Setar juga akan berubah apabila Pekan Rabu 'baru' dijangka siap dalam masa dua tahun lagi. Malah akan wujud satu bangunan baru ditapak pusat dakwah, yang didalamnya ada masjid, bangunan perniagaan, kondominum dan parking bertingkat, bersebelahan dengan City Plaza dan UTC.

Ini melengkapkan perubahan wajah bandaraya kita.

Jika 3 projek ini dapat disiapkan dalam masa 3 tahun, bermakna bandar Alor Setar benar-benar berwajah Bandaraya. Paling menarik, Pekan Rabu dan Pusat Dakwah merupakan tapak perniagaan bumiputra. Telah lama perniaga kita dipinggirkan. Sudah sampai masa mereka harus duduk didepan, setanding dengan bangsa lain yang telah maju dalam bidang perniagaan.
Sampai bila kita harus dibelakang?

Jika ada sebarang pertanyaan boleh inbox kami, InshaAllah jika ada kelapangan kami akan membalasnya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Alor Setar Bakal Berubah Wajah? #HanyaDiKedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top