Latest News

Friday 29 May 2015

Isu Rohingya : Pendirian Kedah Berbeza Dengan Pulau Pinang - DS Mukhriz


Sepertimana yang kita tahu, pelarian-pelarian Rohingya telah mendarat di Pulau Langkawi, Kedah dan kesemua mereka telah dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.

Tahanan-tahanan terbabit telah diberi layanan yang cukup dari segi bantuan makanan, perubatan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Diatas rasa perikemanusian, Kedah akan membantu pelarian-pelarian Rohingya atas dasar mereka pelarian politik yang cuba mengelak dari kekejaman di Myanmar. Namun Kedah mempunyai kekangan dari segi keupayaan dan kemampuan untuk menampung ribuan pelarian yang datang.


Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhirz Mahathir kelmarin selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YAB menyatakan Kedah langsung tidak menolak kedatangan pelarian terbabit.

Menurut YAB "Pendirian Kedah langsung berbeza dengan Pulau Pinang, dimana Pulau Pinang terus menyatakan mereka menolak pelarian-pelarian Rohingya".

"Kita cuma perlukan komitmen kerajaan persekutuan agar kalaulah Kedah dipilih sebagai tempat pemindahan pelarian-pelarian ini, maka kemudahan-kemudahan yang diperlukan itu disediakan kerajaan pusat" katanya lagi.

YAB turut mengesa agar Kerajaan Myanmar menjelaskan kenapa kekejaman keatas etnik Rohingya di Myanmar boleh berlaku.

Selain itu YAB turut mempersoalkan sikap berdiam diri, perjuang hak asasi manusia Myanmar, Aung San Suu Kyi yang langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan disebalik tragedi yang berlaku ke atas etnik Rohingya yang beragama Islam.


Sepertimana yang kita tahu, pelarian-pelarian Rohingya telah mendarat di Pulau Langkawi, Kedah dan kesemua mereka telah...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 28 May 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Isu Rohingya : Pendirian Kedah Berbeza Dengan Pulau Pinang - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top