Latest News

Wednesday 20 May 2015

MADA Kerjasama Dengan MARI Tingkat Pengeluaran Padi Di Kedah


Lawatan kerja selama 3 hari ke Mie Prefecture Jepun benar-benar dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rombongan Kerajaan Kedah yang di ketuai oleh Menteri Besar , Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. 

Selepas melawat dan mendengar mengenai teknologi pelupusan sampah, rombongan Kerajaan Kedah dibawa ke kawasan pengeluaran padi yang terkenal dan bermutu tinggi juga di kawasan Mie Prefecture. 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Mie Prefecture merupakan satu kawasan pengeluaran padi yang terkenal dalam mengeluarkan padi yang bermutu tinggi, di Jepun.

Sehubungan itu, katanya beliau telah mengesyorkan kepada Gabenor Mie Prefecture Eikei Suzuki sewaktu pertemuan mereka supaya diadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama antara kedua-dua organisasi itu.

"Ia akan diperincikan, dan akan ditandatangani MoU antara MADA dan MARI dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Suzuki di pejabat gabenor itu. 

Katanya walaupun terdapat perbezaan yang jelas dalam matlamat pengeluaran padi di Mie dan Kedah, tetapi beliau yakin Kedah boleh mempelajari dan mendapat manfaat daripada teknologi yang ada di Mei Prefecture.

"Pendekatan kita berlainan. Mereka tumpu kepada kualiti dan rasa (beras) yang sedap serta boleh dapat harga tinggi. Kita pulak kerana jaminan bekalan makanan dan lebih tumpu kepada kuantiti

"Masalah kita pun tak sama dengan mereka. Bagaimanapun saya mintak pandangan mereka untuk menangani masalah makhluk perosak, tanah lembut, jerlus. Walaupun ia dilihat kurang relevan bagi Jepun, tetapi mereka ada kepakaran yang boleh membantu kita. Mungkin ada teknologi yang mereka ada kita boleh gunakan," katanya.

Mukhriz dan delegasi kerajaan negeri sebelum itu mengadakan lawatan ke MARI bagi melihat sendiri usaha-usaha pembangunan pertanian yang dijalankan selain teknologi pertanian yang ada, terutama penanaman padi.

"Kita mahu bekerjasama dengan Mie Prefecture kerana ia banyak perkara yang sinonim dengan Kedah. Mereka ada kawasan pertanian khususnya padi, ada industri pelancongan dan automotif," katanya.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Kurangkan berselfie. Nampak cam narcissistic. Jangan ikut perangai sorang tu.

    Kalau nak jadi pemimpin besarlah ye.

    ReplyDelete

Item Reviewed: MADA Kerjasama Dengan MARI Tingkat Pengeluaran Padi Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top