Latest News

Wednesday 13 May 2015

Pati Dipindahkan Ke Belantik, Sik


ALOR SETAR - Pendatang asing tanpa izin (Pati) Bangladesh dan Myanmar yang mendarat di Langkawi pada malam Ahad mula dipindahkan secara berperingkat ke Depot Imigresen Belantik, Sik mulai petang ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim di dalam kenyataan hari ini berkata, semua warga asing yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen.

Lebih daripada 300 warga asing itu dipindahkan dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Kedah menggunakan bot, sebelum meneruskan perjalanan mereka menggunakan trak ke Belantik lewat petang ini.

Semalam, sejumlah 1, 042 Pati terdiri daripada lelaki, wanita serta kanak-kanak warga Bangladesh dan Myanmar ditahan selepas bot yang membawa mereka mendarat di perairan Kuala Teriang dan Kuala Temoyong, Langkawi pada 10.30 malam Ahad lepas, katanya.

Menurut Mohamad Yusri, tiga bot dikesan mendaratkan warga asing itu di perairan pulau Langkawi tetapi hanya sebuah daripada bot itu ditahan manakala dua lagi berjaya meloloskan diri. - Bernam
a
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pati Dipindahkan Ke Belantik, Sik Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top