Latest News

Wednesday 27 May 2015

Semua Umat Islam Pengintip JAIK


Semua umat Islam di negeri ini wajar bertindak sebagai pengintip kepada Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam soal mengesan lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut.

Presiden Majlis Ulama Muda Parlimen Baling (Maulana), Mohd Zaki Zainol berkata, pendekatan itu adalah bagi membantu lebih 1,200 pengintip Jaik dalam melaksanakan penguatkuasaan terbabit.

“Maulana menyambut baik usaha Kerajaan Kedah untuk melaksanakan hukuman saman kepada mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran pada syarak.

“Justeru, Maulana mengajak semua umat Islam di negeri ini supaya dapat membantu pihak pengurusan kariah masjid dan pengintip Jaik bagi menyalurkan maklumat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua amat diharapkan supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat.

“Saya harap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan rakyat negeri ini juga dapat terus memperkasa enakmen ini dengan memberi penerangan secara berterusan,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaik, Syeikh Ahmad Faisol Omar mengumumkan mana-mana lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut bakal didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan itu, Jaik tidak melakukan tangkapan, sebaliknya mengeluarkan notis saman atau hadir ke pejabat agama daerah untuk disoal siasat.

 dipetik dari Sinar Online
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Sebagai khalifah di muka bumi... masing2 ade peranan...terutamanya pada keluarga terdekat. Pendekatan berhemah dan pelajari sirah nabi utk memahami bagaimana baginda berdakwah. Janganlah sampai pendekatan yg di guna menjauhkan lagi mereka dari islam dan jangan sampai bukan islam tidak dapat melihat keindahan islam itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Soal siasat? Perlu saksi ka perlu bukti? Kkalau sekali ponteng??

    ReplyDelete

Item Reviewed: Semua Umat Islam Pengintip JAIK Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top