Latest News

Wednesday 27 May 2015

Video : Sejarah Tercipta Syarikat Jepun dan Kedah Jalin Kerjasama Hasil Kuih Tradisional Jepun " Daifuku"


Satu sejarah tercipta hari ini apabila sebuah syarikat di Kedah, Ambang Dorongan Sdn Bhd yang beroperasi di Gurun, Kedah telah menjalinkan usahasama dengan syarikat Tokachi Seika Co.Ltd yang berpengkalan di Hokkaido, Jepun didalam menghasilkan kuih tradisional Jepun "Daifuku" bagi memenuhi pasaran Asia Tenggara.

Agak sukar bagi sesebuah syarikat menghasilkan makanan dari luar Jepun diberi peluang menjalinkan kerjasama perniagaan bagi menghasilkan kuih tradisional Jepun oleh syarikat pemakanan di negara terbabit.


Pada peringkat awal, Ambang Dorongan akan menghasilkan sebanyak 20,000 biji sebulan bagi pihak Tokachi Seika untuk dipasarkan di Singapura, Indonesia dan Thailand diperingkat awal sebelum dikembangkan ke negara lain.



Menurut Presiden Tokachi Seika, Hiroyuki Komano, syarikatnya kini sedang menimbang prospek untuk menghasilkan kuih tradisional Jepun yang lain menerusi kerjasama dengan syarikat Ambang Dorongan untuk dipasarkan.

Tandatangan perjanjian kerjasama urusniaga yang berlangsung pagi tadi di pejabat YAB MB Kedah, Wisma Darulaman merupakan perjanjian pertama hasil dari lawatan deligasi Kedah yang diketuai YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ke Jepun tempohari.

- Saksikan video sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas menyaksikan majlis tandatangan MOA diantara syarikat Ambang Dorongan Sdn Bhd dengan Tokachi Seika Co. Ltd .


Satu sejarah tercipta hari ini apabila sebuah syarikat di Kedah, Ambang Dorongan Sdn Bhd yang beroperasi di Gurun, Kedah...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 26 May 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Sejarah Tercipta Syarikat Jepun dan Kedah Jalin Kerjasama Hasil Kuih Tradisional Jepun " Daifuku" Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top