Latest News

Sunday 17 May 2015

Tan Sri Muhyiddin Melawat Pameran Festival Hari Guru Di Kedah





Dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehari Ke Kedah beliau sempat melawat pameran Festival Hari Guru (FHG) 2015 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini yang diadakan bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.


Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.Sebelum melawat pameran ini beliau telah merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan Jitra. 

Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit melawat lebih 20 ruang pameran yang mempamerkan pelbagai komponen aktiviti pendidikan daripada agensi kerajaan, sektor korporat dan agensi bukan kerajaan.

Muhyiddin turut menyaksikan persembahan Kumpulan Stompers, yang menggunakan alat muzik diperbuat daripada bahan terbuang, membabitkan 55 pelajar Kolej Komuniti Kedah dan Perlis, yang turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada beliau yang menyambut ulang tahun ke-68 semalam (15 Mei).

FHG 2015 yang bermula 14 Mei lepas melabuhkan tirainya Sabtu, merupakan festival pendidikan terbesar yang turut diselitkan dengan pelbagai acara hiburan seperti persembahan Stompers, Konsert MEGA-Pancaindera 'Mai Jangan Tak Mai' serta ceramah agama.

Selesai majlis ini beliau terus ke Hotel Tabung Haji untuk mengadakan mesyuarat bersama Umno Negeri Kedah. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tan Sri Muhyiddin Melawat Pameran Festival Hari Guru Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top