Latest News

Saturday 16 May 2015

Kek Hari Jadi Kejutan Buat TPM Oleh Umno Kedah


Selepas selesai sesi lawatan ke bilik pameran sempena hari guru, satu kejutan yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Kedah dengan meraikan ulang tahun kelahiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke-68 di hotel Tabung Haji, Alor Setar.
Majlis itu juga turut meraikan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Othman Aziz, yang menyambut hari jadinya yang ke-58.

Mereka berdua turut memotong kek sebelum bermulanya mesyuarat tertutup Badan Perhubungan UMNO Kedah dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden parti.

Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir juga turut hadir meraikan hari lahir mereka berdua.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kek Hari Jadi Kejutan Buat TPM Oleh Umno Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top