Latest News

Saturday 16 May 2015

Muhyiddin umum tiga berita gembira buat guru


KUBANG PASU 16 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiga berita gembira bersempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pertama, Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan Parlimen dan diwartakan.

Melalui yayasan itu katanya, guru-guru akan dibantu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian. Ini termasuk mereka yang tidak layak mendapat biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur.

Yayasan tersebut juga akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan sokongan selepas rawatan.

Mengumumkan khabar gembira kedua, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan bersetuju menyeragamkan had umur pegawai awam bagi mengikuti ijazah sarjana dan ijazah sarjana doktor falsafah (Phd) dari 43 tahun kepada 45 tahun.

Selain itu katanya, kerajaan bersetuju menambah baik elaun pengetua dan guru besar sedia ada.

"Elaun sedia ada yang berkuatkuasa sejak 2000 bakal dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan bagi 2,405 pengetua sekolah menengah. Manakala untuk 7,757 guru besar sekolah rendah pula, elaun sedia ada mereka turut dinaikkan kepada RM200 sebulan berbanding RM100 sebelum ini. Kenaikan itu berkuatkuasa 1 Julai ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis tersebut di Dewan Wawasan, Jitra. - UTUSAN ONLINE
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. ..untungnya menjadi sebahagian dari kakitangan 'gomen' ni, tak kiralah apa jawatan pun..setiap kali pada hari-hari penting seperti ini pasti ada pengumuman tentang habuan yang akan dinikmati! betul-betul anak emaslah kakitangan kerajaan ini.bermula dari awal kerjaya hingga hujung usia semuanya dijaga. tidak seperti kami yang kerja swasta peringkat kuli ni..tiada siapa pun nak ambil peduli.dulu baru nak rasa dikecualikan cukai pendapatan sebab gaji bawah RM4000, tapi kena ikut lain pulak bila GST ada!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Muhyiddin umum tiga berita gembira buat guru Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top