Latest News

Monday 29 June 2015

30 Lagi Jenazah Selamat DiKebumikan Di Pokok Sena

Sumber gambar Bernama

30 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia entik Rohingya dikebumikan awal pagi tadi. Sebelum ini 21 Jenazah mangsa telah dikebumikan dilokasi sama di tanah perkuburan Islan Kampung Tualang Pokok Sena.

Kumpulan kedua ini menjadikan 51 dari 106 jenazah telah dikebumikan dan bakinya akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat. Jenazah 30 orang ini terdiri dari 28 lelaki dan 2 wanita.

Kesemua 30 jenazah ini dikebumikan mulai 3.50 pagi sehingga 5.30 pagi. Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya berkata, kesemua jenazah lelaki itu dikebumikan dalam satu liang lahat manakala jenazah wanita dalam liang lahat berasingan.

Katanya, baki 55 jenazah mangsa pemerdagangan Wang Kelian yang masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dijangka dikebumikan sebelum Aidilfitri.

"Insya Allah minggu depan kita mampu kebumi 40 jenazah manakala baki 15 jenazah yang terakhir, maksudnya ada dua kali pengebumian lagi," kata Noh

Pengebumian yang diuruskan oleh JAIK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibantu oleh penduduk tempatan, anggota polis dan persatuan kebajikan Rohingya Kedah.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 30 Lagi Jenazah Selamat DiKebumikan Di Pokok Sena Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top