Latest News

Wednesday 10 June 2015

Bekas Pemain Perlis, Kedah Berentap Pada Perlawanan Bola Sepak Klasik


Bekas pemain Perlis dan Kedah akan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Klasik Piala Menteri Besar untuk memberi peluang kepada mereka menonjolkan kebolehan bermain walaupun sudah dikategorikan veteran.

Bekas pemain tersebut bukan sahaja pernah mewakili Perlis ataupun Kedah, malah ada dalam kalangan mereka merupakan bekas pemain kebangsaan berumur antara 35 dan 60 tahun.

Perlawanan antara bekas pemain Perlis dan Kedah itu dianjurkan oleh pelajar Semester 5, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Kepujian) Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Rektor UiTM Perlis Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata ini kali ketiga kejohanan itu dianjurkan, dan pada edisi 2013 di Stadium Darul Aman, Alor Star, ia dimenangi oleh pasukan Perlis dengan 5-4.

Kejohanan kali kedua pula diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar dan juga dimenangi pasukan Perlis dengan 4-3 dan tahun ini akan diadakan di Stadium Darul Aman pada 13 Jun.

Ahmad Redzuan berkata ketika diadakan di Kedah, piala yang menjadi rebutan ialah Piala Menteri Besar Kedah, manakala di Perlis ialah Piala Menteri Besar Perlis.

Pasukan Perlis dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah manakala skuad Kedah dilatih oleh Faruk Ismail.

Masuk adalah percuma untuk menyaksikan perlawanan tersebut, sementara cabutan tiket bertuah dengan disediakan hadiah-hadiah menarik, dijual pada harga RM3 setiap satu tiket.

Ahmad Redzuan berkata Menteri Besar Perlis dan Menteri Besar Kedah dijangka menyaksikan perlawanan tersebut pada 13 Jun.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bekas Pemain Perlis, Kedah Berentap Pada Perlawanan Bola Sepak Klasik Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top