Latest News

Thursday 11 June 2015

Dari Sabah Ke Kedah Hanya Untuk Bergambar Dengan Mural Tun M


Lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bukan sahaja menarik minat rakyat Kedah tetapi seluruh Malaysia hingga ke Sabah dan Sarawak. 

Melalui petikan dari komen Page Mukhriz Mahathir FC, seorang pengunjung dari Sabah ( gambar diatas) sanggup terbang dari Sabah ke Kedah hanya untuk sekeping gambar bersama mural Tun Mahathir. Gadis ini menggunakan nama Honeysam El di laman facebooknya.

6 Jun lalu, Menteri Besar Dato Seri Haji Mukhriz turut melawat lukisan mural Tun Mahathir selepas majlis pelancaran Bulan Pelancongan Lagenda Kedah, di Tanjung Chali Alor Setar. 



Jika Menelusuri perjalanan di sepanjang Pekan Cina serta Pekan Melayu yang hanya dibahagikan satu jalan utama di Bandaraya Alor Setar dan mempunyai deretan bangunan lama kini lebih menarik dengan adanya lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Lukisan mural tersebut, yang terletak di Jalan Pekan Melayu .

Memaparkan anak jati Kedah itu berbaju Melayu dan bersongkok hitam tersenyum di sebuah dinding bangunan dua tingkat, dengan kelebaran 100 kaki (30.48 meter), lukisan mural itu dilihat mampu menghidupkan lorong di pekan tersebut.

Di sebelahnya pula, kelihatan lukisan Menara Berkembar Petronas dan kereta pertama keluaran Malaysia, iaitu Proton Saga, yang kedua-duanya menjadi antara ikon kepada Bapa Pemodenan Malaysia itu.

Sejak dari 6 Jun lalu hampir setiap masa lukisan ini menjadi lokasi wajib dilawati oleh orang ramai dan mereka yang melancong ke Kedah.


Gambar di ambil dari page www.facebook.com/mukhrizmahathirfc


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Dari Sabah Ke Kedah Hanya Untuk Bergambar Dengan Mural Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top