Latest News

Monday 15 June 2015

DS Mukhriz Sampaikan Sumbangan Kepada Sekolah Agama Rakyat


Alor Setar, YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir telah menyampaikan sumbangan kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat di Wisma Darulaman.

Majlis dihadiri oleh pengetua-pengetua dan barisan pentadbiran sekolah Agama Rakyat. Turut hadir dalam majlis ini adalah Exco-exco Kerajaan Negeri Kedah seperti YB Dato Ku Abdul Rahman, YB Dato Mohd Rawi, YB Tajol Urus, YB Aminudin dan YB Leong Yong Kong.

Antara Sekolah Agama Rakyat yang menerima sumbangan adalah seperti Sekolah Menengah Agama Al Khariah, Sekolah Menengah Agama Assiddiqiah Al Islamaih, SMA Taufikiah Khairiah Al Halimiah, SMA Yayasan Khairiah dan lain-lain lagi.

Dalam ucapan, Dato' Seri Mukhriz mengingatkan tentang bahaya pengaruh IS di negeri ini dan meminta semua pihak membantu membendung masalah ini.

Beliau juga menyentuh mengenai kesalahan tidak menunaikan solat jumaat 3 kali berturut-turut yang dikuatkuasakan baru-baru ini dan dilihat mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak.

Ada sesetengah masjid mencapai peningkatan setiap solat jumaat. Katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Sampaikan Sumbangan Kepada Sekolah Agama Rakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top