Menurut beliau, hasrat itu mampu dicapai sekiranya semua pihak termasuk masyarakat bergerak seiring dengan SWCorp dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang dirancang.
"Kalau semua pihak pihak memainkan peranan masing-masing saya lihat perkara ini tidak mustahil tetapi perkara yang paling penting bagi memastikan hasrat ini mampu dicapai adalah dengan merubah minda dan sikap masyarakat.
"Jika diikutkan sampah boleh dibersihkan tetapi sekiranya sikap masyarakat yang masih suka membuang sampah secara berlebihan dan tidak teratur ia akan membantutkan hasrat itu," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya, SWCorp berharap dapat menjadikan Langkawi sebagai bandar bersih menjelang awal tahun depan begitu juga dengan beberapa lagi buah daerah di Kedah seperti Pendang dan Baling.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment