Latest News

Friday 19 June 2015

Jenazah Mangsa Rohinya Dikebumi Hujung Minggu


Pengebumian jenazah-jenazah mangsa pemerdagangan manusia dijangka dilaksanakan minggu ini setelah proses bedah siasat selesai.

Kawasan tanah perkuburan lama di Kampung Tualang Pokok Sena telah dibersihkan dan kerja-kerja meluaskan jalan masuk giat dilakukan. Difahamkan jenazah terakhir di kebumikan ditanah perkuburan ini adalah kira-kira 40 tahun lalu dan mempunyai hampir 100 kubur.

Menurut penduduk kawasan ini, kawasan tanah perkuburan ini terbiar sejak sekian lama dan menjadi lokasi kegiatan melepaskan gian dadah oleh penagih dadah. Langkah kerajaan memilih lokasi ini amatlah baik.

Awal minggu lalu, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Jenazah-jenazah ini akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat bermula minggu pertama ramadhan.

Kesemua jenazah berjumlah 106 orang, dijumpai dalam kawasan kubur besar di Wang Kelian dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk dibedah siasat.

Penemuan kubur besar ini memeranjatkan negara kerana ia tidak pernah berlaku dan mangsa-mangsa diperlakukan sangat kejam oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jenazah Mangsa Rohinya Dikebumi Hujung Minggu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top