Latest News

Thursday 18 June 2015

Rundingan Dengan Perompak Untuk Bebas Anak Kapal




Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk membebaskan kesemua 22 krew kapal MT Orkim Harmony.

Perkara itu dimaklumkan Panglima Wilayah Laut ,1 Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Lepas bebas semua anak kapal boleh la korek sampai lubang cacing sapa punya angkara...

    ReplyDelete

Item Reviewed: Rundingan Dengan Perompak Untuk Bebas Anak Kapal Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top