Latest News

Friday 5 June 2015



Sejumlah 35 jenazah mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dipindahkan dari Wang Kelian ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Pokok Sena.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, jenazah-jenazah ini akan dikebumikan di satu kawasan tanah perkuburan baru di Pokok Sena.

" Setakat ini difahamkan terdapat 35 mayat telah dibedah siasat di HSB dan tarikh akan dikebumikan bergantung kepada keputusan pihak hospital sendiri ". Ujarnya .

Dikhabarkan terdapat lebih 100 mayat dan mungkin akan dikebumikan di Pokok Sena juga, kalau semua dipindahkan ke HSB, atau ada permintaan supaya mereka dikebumikan disini, kerana diyakini kesemuanya beragama Islam.

Beliau menjelaskan bahawa pejabat Mufti bersama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan menguruskan kesemua jenazah itu mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan memandangkan ada daripada jenazah itu dalam keadaan tidak sempurna.

"Ini permintaan daripada kerajaan persekutuan...jenazah yang ada di HSB sekarang kami akan urus yang 35 ini akan diuruskan dulu," katanya selepas memberi sumbangan ramadhan kepada masjid-masjid seluruh Jerlun petang semalam. 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top