Latest News

Sunday 5 July 2015

24 Lagi Jenazah Mangsa di Kebumikan


Pagi semalam kumpulan ketiga seramai 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia di kebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena.

Kesemua jenazah ini, dimandi dan disolatkan selepas maghrib dan pengkebumian bermula jam 12.00 tengah malam selesai kira-kira jam 3.00 pagi. Jenazah-jenazah ini terdiri daripada 23 lelaki dan satu tidak diketahui jantinanya.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Datuk Noh Dahya, pengebumian 24 jenazah hari ini membawa bilangan keseluruhan jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang telah selamat dikebumikan setakat ini kepada 75 daripada 106 jenazah keseluruhan.

"Baki 31 lagi jenazah yang masih ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah bagi proses bedah siasat berkemungkinan akan dikebumikan Ahad ini dan selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Wang Kelian itu telah dikebumikan pada 21 Jun lepas, diikuti oleh kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah mangsa jenayah itu beberapa hari selepas itu.

Sehingga awal hari ini, daripada 75 jenazah mangsa yang telah selamat dikebumikan, empat daripadanya adalah jenazah wanita manakala lain-lain adalah jenazah lelaki, kata Noh.

"Kebanyakan jenazah yang dikebumikan hanya tinggal tulang-tulang sahaja dan sedikit cebisan daging," menurut beliau dan menambah, jenazah lelaki dan wanita dikebumikan di liang lahad berasingan.

Ditanya tentang punca kematian mangsa-mangsa itu, beliau berkata, berdasarkan laporan secara lisan yang diterimanya daripada pasukan forensik yang melakukan proses bedah siasat terhadap mangsa mengatakan ia akibat kebuluran dan bukan akibat didera atau diseksa.

Bagaimanapun, tindakan mengurung mangsa tanpa memberi sebarang makanan atau minuman juga merupakan suatu bentuk pembunuhan dan penyeksaan, katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 24 Lagi Jenazah Mangsa di Kebumikan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top