Latest News

Sunday 5 July 2015

4 Orang Dihempap Pokok Akibat Hujan Lebat


ALOR SETAR - Empat orang dihempap pokok, dua daripadanya cedera ringan manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan dalam dua kejadian berasingan semasa hujan ribut di sekitar sini tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu turut membabitkan dua lelaki Myanmar yang menunggang motosikal setelah pulang dari membeli barang di kedai berhampiran di Taman Rakyat, Mergong.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata penunggang motosikal itu cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, manakala pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu seorang lelaki berumur 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun turut mengalami nasib yang sama di Lebuhraya Darulaman, Simpang Kuala kira-kira 1.20 tengah hari.

Lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan manakala kanak-kanak itu mengalami kecederaan di muka dan mulut dan dihantar ke hospital. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 4 Orang Dihempap Pokok Akibat Hujan Lebat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top