Latest News

Tuesday 7 July 2015

Anggota Keselamatan Terima Kuih Raya!


Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) hari ini menyampaikan sumbangan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan.

Sumbangan kuih raya sebanyak 100 kotak itu disampaikan Yang Dipertua Bidara yang juga isteri Menteri Besar, Toh Puan Norzieta Zakaria kepada wakil Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata sumbangan kuih-muih itu merupakan satu bentuk penghargaan Bidara terhadap pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan negara pada 1 Syawal nanti.

Walaupun sumbangan itu tiada nilai berbanding jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, tetapi ia diharap sedikit sebanyak membawa keceriaan kepada anggota dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

Sumbangan disampaikan kepada wakil empat agensi iaitu Pengerusi Badan Kebajikan Isteri Anggota Tentera (Bakat) 6 Briged Kedah, Bendahari Persatuan Isteri, Anak-Anak Dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Kedah, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kubang Pasu dan Ketua Biro Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita (Perisma) Kedah.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Anggota Keselamatan Terima Kuih Raya! Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top