Latest News

Monday 6 July 2015

Syafiq Ahmad Permata Skuad Helang Merah


Dengan 6 jaringan gol setakat ini, Muhd Syafiq Ahmad antara pemain harapan skuad hijaukuning dalam perlawanan mendatang. 4 gol dalam 2 perlawanan adalah momentum dan motivasi yang dicari beliau setelah kurang menyerlah di Sukan Sea lepas.

Ketajaman beliau pasti ditagih dalam perlawanan Selasa ini menentang T-Team FC bagi merampas puncak liga Premier. 


Muhammad Syafiq adalah pemain muda skuad Presiden Kedah yang dipanggil untuk berlatih bersama skuad utama pasukan Kedah dalam rangka persiapan Piala Malaysia 2013 lalu, beliau ditugaskan untuk berada di posisi penyerang.

Prestasi beliau di saingan Piala Presiden dulu berjaya menambat perhatian pengurusan skuad utama Kedah.

Turut cemerlang dalam pertandingan bawah umur sejak dari awal sekolah menengah dan terakhir sekali mewakili Malaysia di saingan sekolah-sekolah Asean. Pernah ditawarkan untuk mewakili Harimau Muda C, beliau memilih skuad simpanan negeri Kedah dalam meneruskan karier bolaepak beliau.

Semoga Muhammad Syafiq terus menyinar dalam skuad utama Kedah. 

Info pemain 

NAMA: MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD
UMUR: 20 TAHUN
ASAL: SG. ARA, PENANG
POSISI: PENYERANG

PENCAPAIAN:
2007: (Malaysia) Piala Danone U-12 2007,Perancis
2010: (Malaysia/SMK TATAR) Piala Manchester United U-14 2010,Carington
2011: (SMK TATAR) Penjaring Terbanyak Liga KPM-FAM, (TATAR) Juara Liga KPM-FAM
2012: (SMK TATAR) Penjaring Terbanyak Liga KPM-FAM, (SMK TATAR) Juara Liga KPM-FAM, (Malaysia) Sekolah Sukan Asia U-18, (Kedah) Naib Juara Piala Emas Raja-Raja
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Syafiq Ahmad Permata Skuad Helang Merah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top