Latest News

Saturday 4 July 2015

Kedah Rampas Tangga Kedua Liga Premier


Kedah pula memintas kedudukan Pulau Pinang di tangga kedua liga hasil kemenangan tipis 3-2 ke atas wakil kelab dari Pahang, Kuantan FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Tiga gol skuad 'Helang Merah' dijaringkan oleh Mohd Syafiq Ahmad pada minit ke-13 dan 16' serta gol Liridon Krasniqi pada minit ke-57 manakala pasukan pelawat meraih jaringan menerusi sepakan penalti Mohd Zamri Hassan pada minit ke-73 dan jaringan Fabrice Noel, selang enam minit kemudian.

Kuantan FA terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak perlawanan setelah pemainnya, Muszaki Abu Bakar menerima kad kuning kedua.

Keputusan penuh malam ini dan kedudukan terkini Liga Premier 2015. Kedah kembali di tempat ke 2 dengan kemenangan 3-2 menewaskan Kuantan FA. Teruskan momentum kemenangan. Perlawanan tumpuan T-Team v Kedah Selasa ini, pertembungan TOP 2 Liga Premier yang bakal menentukan pendahulu Liga Premier sebelum Liga kembali bersambung 31 Julai ini.





video gol-gol jaringan Kedah Vs Kuantan FA



Gol perlawanan malam tadi berkesudahan Kedah menewaskan pasukan pelawat Kuantan FA 3-2 hasil jaringan Muhd Syafiq Ahmad (2 gol) dan Liridon Krasniqi.
Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Friday, 3 July 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Rampas Tangga Kedua Liga Premier Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top