Latest News

Tuesday 28 July 2015

Kedah Rancang Lebih Banyak Taman Teknologi Untuk Tingkat Ekonomi




Lebih banyak lagi taman teknologi akan diwujudkan di Kedah sebagai usaha kerajaan negeri merancakkan lagi sektor ekonominya, kata Exco Industri, Pelaburan dan Perdagangan Dalam Negerinya, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

Beliau berkata langkah itu diambil berikutan kejayaan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang telah berjaya menarik pelaburan kira-kira RM32 bilion selain menjana lebih 30,000 peluang pekerjaan yang menawarkan pendapatan tinggi.

"Kerajaan negeri akan memohon kerjasama kerajaan persekutuan untuk membangunkan Taman Sains dan Teknologi di Bukit Kayu Hitam dan Taman Teknologi Sains Perubatan di Kulim," katanya selepas merasmikan Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam di sini hari ini.

Selain itu, katanya, projek Bandar Raya Getah di Padang Terap, Terminal Perikanan Bersepadu Kedah dan Hab Automotif yang kedua-duanya terletak di Gurun dan Pusat Pemesinan Berketepatan Tinggi di KHTP turut dimasukkan dalam perancangan ini.

"Kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada di Bakar Arang, Sungai Petani dan Mergong juga akan diperkukuhkan lagi di bawah perancangan ini," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Rancang Lebih Banyak Taman Teknologi Untuk Tingkat Ekonomi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top