Latest News

Wednesday 29 July 2015

Kenyataan YAB MB Kedah mengenai rombakan kabinet



Kenyataan Media Rasmi dari YAB MB mengenai rombakan kabinet semalam.

Mengikut kenyataan dari YAB MB, beliau menerima keputusan YAB PM mengenai rombakkan kabinet kerana beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian dan kita patut menerima keputusan itu.

"Sudah tentu Perdana Menteri telah menilai sebaik mungkin untuk membuat keputusan, dan memikir masak-masaknya, mengenai keadaan kerajaan dan politik seperti mana beliau nyatakan semalam.

Bila disoal mengenai perjumpaan beliau dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Dato Seri Hj Mukhriz menjawab,

"Saya ni jenis orang yg kenang jasa, seperti mana yg kita tahu, Tan Sri Muhyiddin, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, malah sebelum itu pun, banyak membantu kita di Kedah. Bukan hanya sebagai Menteri Pelajaran, yang mana banyak sekolah-sekolah kita, mendapat manfaat daripada kelulusan peruntukan dan sebagainya di Kedah ini, tetapi selain itu contohnya Yayasan Pondok Kedah, kita ada sedikit peruntukan untuk sara hidup pelajar-pelajar sekolah agama rakyat yang beragama penuh itu juga kelulusan sewaktu beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Atas sebab itu saya terpanggil untuk sekurang-kurangnya, berjumpa dengan beliau bagi mengucapkan terima kasih atas semua jasa beliau keatas negeri Kedah ini".

Bila beliau disoal adakah perbincangan lain selain itu..

Beliau menjawab tiada perbincangan lain, hanya bual kosong dan biasa-biasa.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenyataan YAB MB Kedah mengenai rombakan kabinet Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top