Latest News

Thursday 30 July 2015

Rombakan Kabinet Hak Perdana Menteri - Mukhriz


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk melakukan rombakan Kabinet dan semua pihak perlu menerima perubahan yang dilakukannya, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa perdana menteri telah pun memikirkan 'semasak-masaknya' tentang apa yang terbaik untuk kerajaan dan politik.

"Perdana menteri mempunyai hak untuk membuat sebarang rombakan (Kabinet) dan beliau telah menggunakan kuasa beliau untuk melakukan rombakan semalam. Kita mesti terima apa-apa sekali pun perubahan," katanya

Dalam rombakan Kabinet semalam, Najib menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, selain mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Selain itu, perdana menteri turut melantik tujuh muka baharu sebagai menteri dalam barisan Kabinetnya dan menggugurkan empat menteri serta satu timbalan menteri daripada jawatan mereka.

Beliau turut membawa masuk beberapa muka baharu sebagai Timbalan Menteri.

Mengenai pertemuan dengan Muhyiddin di kediamannya semalam, Mukhriz berkata ia adalah kunjungan biasa untuk mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin di atas jasa-jasanya terhadap Kedah selama ini.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, banyak sekolah dan pelajar-pelajar di Kedah menerima faedah daripada penyaluran peruntukan yang diluluskan oleh Muhyiddin.

"Atas sebab itu, saya rasa terpanggil untuk sekurang-kurangnya berjumpa dengan beliau (Muhyiddin) dan mengucapkan terima kasih banyak daripada kerajaan negeri Kedah di atas semua budi baik beliau," katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Zurainny Ismail30 July 2015 at 15:44

    Saya bukan ahli Umno, ttp saya penyokong Umno/BN. Betul, barisan Kabinet merupakan prerogatif/hak PM - kecuali jawatan PM & TPM sbb berdasarkan konvensyen/tradisi Umno, Presiden akan menjadi PM dan Timb Presiden akan menjadi TPM. Sekiranya 1 perkara x diikuti (VP dilantik menjadi TPM), maka tidakkah itu bermaksud jawatan PM bukan lg hak mutlak Presiden Umno? Umno skrg umpama rmh yg dipenuhi anai2. Jgn tinggalkan rmh itu atau buat rmh baru - cari jalan penyelesaian : singkirkan anai2 & betulkan semua yg telah rosak sblm rmh dimusnahkan oleh anai2. Saya percaya ada jalannya....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Rombakan Kabinet Hak Perdana Menteri - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top