Pagi tadi YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir di Majlis Rahmat Ramadhan untuk bersahur bersama penduduk Kuala Kuaq, Kuala Kedah, di Pelantaq Ikan tepi laut.
Penduduk kampung berkenaan ada meminta Kerajaan negeri supaya membantu mereka membina penghalang bagi ombak deras. Dato Seri juga berjanji akan meneliti permintaan tersebut, disamping memberi beberapa nasihat berkaitan dengan cara hidup orang disana dan juga berkaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Dalam majlis tersebut beliau menyampaikan sumbangan mengikut wakil kawasan dan bertahlil bersama orang kampung disitu untuk disedekahkan kepada Allahyarham anak Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang telah meninggal dunia semalam.
Kemudian bersahur bersama-sama di pelantaq ikan dengan gulai udang yang memang 'menarik dan menyelerakan'.
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh anak Dato Abdullah Hasnan.
0 comments:
Post a Comment